Bayangkan situasi ini:
Anda melabur dalam skim emas yang menjanjikan pulangan luar biasa – hanya untuk mendapati simpanan hidup anda lesap begitu sahaja. Sedih? Kecewa? Marah? Ini adalah kenyataan pahit yang telah menimpa ramai individu.
Contoh yang biasa berlaku :
Encik Ahmad, seorang pesara kerajaan, melaburkan RM50,000 dalam “skim pelaburan emas” yang menjanjikan pulangan RM5,000 setiap bulan tanpa risiko. Hasilnya? Beliau kehilangan semua wang tersebut dan tidak pernah menerima satu gram emas pun.
“Melabur RM10,000, dapat RM2,000 setiap bulan!”
Realiti: Jika kedengaran terlalu indah untuk jadi kenyataan, ia mungkin penipuan.
Anda hanya menerima “resit” atau akses ke laman web yang meragukan
Operasi hanya melalui media sosial atau telefon.
“Simpan RM20,000 dahulu, baru boleh menikmati pulangan tinggi.”
“Peluang ini hanya untuk 3 hari sahaja!”
Pastikan Platform Berlesen: Sila Semak status syarikat dengan Bank Negara Malaysia.
Dapatkan Emas Fizikal: Pastikan anda menerima emas sebenar, bukan sekadar dokumen @ resit semata-mata!
Kajian Mendalam: Lihat dan cari ulasan dan testimoni pengguna sebenar.
Berurusan dengan Premis Sah: Elakkan urus niaga yang hanya berlaku secara dalam talian.
AWAS! Penipuan pelaburan emas semakin licik. Jangan jadi mangsa seterusnya! Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan keluarga untuk membantu mereka elakkan kerugian besar.
Tindakan Anda Bermula Hari Ini! – Jadilah pelabur emas yang bijak lagi berilmu dan bagi mengelakkan terperangkap dengan scammer2 durjana ini…!
Lebih dikenali sebagai Hairul8383. Saya merupakan Dealer Sah Emas di bawah syarikat GB Gold yang berlesen dan berdaftar. Jangan risau! Pihak saya akan memastikan segala urusan dijalankan secara sah dan profesional untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda!
GB Gold adalah syarikat jual beli emas dan perak Muslim berlandaskan patuh syariah di antara yang terkenal di Malaysia. Ibupejabat terletak di Shah Alam, Selangor merupakan syarikat tunggal yang sedang meningkat naik dalam industri emas Malaysia dan merupakan jenama yang dipercayai rakyat Malaysia dan diterima dengan meluas oleh ar-rahnu dan beberapa bank terkemuka di Malaysia.
Tak perlu bimbang untuk simpan emas sendiri. GB Gold menyediakan fasilti simpanan emas PERCUMA melalui Akaun Simpanan Emas GBS.
Harga kami lebih rendah berbanding harga yang dijual di kedai-kedai emas. Ini kerana anda membeli terus daripada GB Gold.
GB Gold jamin beli balik emas keluarannya pada harga tinggi, walaupun kondisi emas tersebut calar, kemek atau bengkok.
Jual beli tanpa was-was. Transaksi jual beli telahpun disahkan patuh syariah oleh firma syariah terkemuka, iaitu Elzar Syariah Solution & Advisory Sdn. Bhd.
Mudah. Anda boleh beli emas 100% secara dalam talian, 24 jam sehari, walaupun anda tinggal di mana sahaja seluruh dunia.
Tak perlu keluar rumah. GB Gold menyediakan servis pos emas berinsuran terus kepada anda.
“Produk GB Gold adalah transaksi jual beli emas secara fizikal dan akaun simpanan GBS yang diluluskan sebagai patuh syariah di Malaysia” – Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman, CEO Elzar Syariah & Advisory Sdn. Bhd.
Firman Allah SWT Yang Bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sesekali akan diterima dari seseorang diantara mereka : emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak itu). Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun
(SURAH ALI-IMRAN : 91)
Firman Allah SWT Yang Bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta dan ahli agama (yahudi dan nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan allah (agama islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(SURAH AT-TAUBAH : 34)
Dan ratusan lagi koleksi-koleksi unik goldbar dan dinar yang boleh anda dapatkan secara esklusif dari pihak GB Gold Malaysia!
“Bayangkan perasaan tenang melihat emas fizikal dalam genggaman anda” – Itulah kepuasan yang dirasai oleh penyimpan emas di GB GOLD! Setiap hari, lebih ramai peminat emas berkongsi kisah kejayaan mereka, seperti dibawah ini.
Feedback mereka? Luar biasa dan penuh keyakinan! Adakah anda mahu jadi sebahagian daripada kisah ini? Mulakan langkah anda hari ini!”
Isi butiran seperti nama penuh, kad pengenalan, emel dan telefon yang betul. Sila guna emel yang berbeza bagi pendaftaran anak
Selepas daftar, sila sahkan emel @ verify email anda, dan kembali ke website gbgold.my untuk log masuk. Sila lengkapkan profil diri anda & bahagian waris
Log masuk akaun gbs, pilih “Purchase” & masukkan amaun emas mengikut bajet anda dan tandakan fpx dan teruskan pembayaran & selesaikan dalam tempoh 24jam sahaja
Jika terdapat sebarang masalah bagi proses pendaftaran ,pembelian ataupun apa2 pertanyaan , hubungi saya dengan melalui button ‘WHATSAPPS‘ Didalam website ini.
Hari ini, mulakan langkah kecil anda dengan mendaftar di GB Gold—platform pelaburan emas Patuh Syariah yang dipercayai. Hanya RM10 sahaja untuk mula bina impian kewangan anda.
Soalan yang sering ditanya dari pelanggan kami
Untuk simpanan jangka pendek (kurang 2 tahun), ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% – 5% setahun.Tapi untuk jangka panjang, emas lebih baik. Nilainya lebih terjamin dan tak terjejas walaupun keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara.
Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang disebabkan faktor inflasi dan kejatuhan ringgit.Duit simpanan jangka pendek, simpanlah dalam ASB atau Tabung Haji. Untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.
Kalau beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, goldbar atau dinar (berketulenan 999.9) lebih baik.Harga per gram lebih murah sekitar 15% berbanding barang kemas, spread (susut nilai) juga jauh lebih rendah (kurang dari 10%)Barang kemas tak sesuai untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan. Ia cuma sesuai untuk perhiasan.Harganya lebih mahal, dikenakan caj upah tukang dan spreadnya sangat tinggi (sekitar 25% – 40%). Ia merugikan.
Sama sahaja antara goldbar dan dinar dari sudut potensi keuntungan. Harga per gram sama, spread (susut nilai) sama, ketulenan pun sama (999.9)
Bezanya cuma bentuk. Dinar berbentuk bulat manakala goldbar berbentuk segiempat.
Waktu terbaik ialah bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, dan sudah faham perkara paling asas tentang emas.
Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudahpun jadi sejarah.
Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot.
Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram/bulan untuk dijadikan sebagai benchmark.
Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian adalah sangat kecil.
Daftar akaun anda dibawah:
Untuk guideline sila rujuk cara mendaftar ,hubungi saya di Whatsapp jika ada sebarang persoalan anda boleh join support group penyimpan emas di bawah bimbingan saya. Panduan melalui EBOOK PERCUMA juga diberikan.
Dengan GB Gold, anda boleh mula menyimpan emas dengan bajet serendah RM10 melalui Akaun Emas GBS. Dan boleh tambah tabungan pada bila-bila masa mengikut bajet anda. Tidak ada syarat wajib untuk beli setiap bulan. Item paling kecil boleh dikeluarkan dari Akaun GBS ialah gold bar 1 gram (berketulenan 999.9).
Simpanan emas terbaik ialah apabila emas fizikal berada di tangan kita sendiri. Ia lebih terjamin.
Cuma untuk pastikan kita menabung secara lebih KONSISTEN, saya sarankan anda menyimpan di dalam Akaun Emas GBS. Ia lebih mudah, dan lebih fleksibel.
GBS juga adalah emas fizikal. Mulakan dengan menabung dengan bajet serendah RM10 setiap hari. Bila cukup minimum 1gram anda boleh keluarkan emas fizikal tersebut untuk simpanan sendiri melalui ‘WITHDRAWAL’ dari sistem GB Gold & pihak mereka boleh poskan pada bila-bila masa.
Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (berdasarkan kalendar hijrah).
Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam (mengikut negeri masing-masing).
Maklumat lanjut tentang cara pengiraan zakat, sila rujuk – DISINI
GB Gold tak terima belian secara walk-in.
Untuk keselesaan pelanggan, branch GB Gold hanya berikan servis untuk pelanggan yang nak collect item emas bersaiz besar (yang tidak boleh dihantar melalui pos berinsuran), iaitu item 50 gram / 10 dinar (42.5 gram) ke atas. Untuk datang collect emas, kena order, buat pembayaran, dan appointment terlebih dahulu.
Untuk item kecil (item 5 dinar / 20 gram ke bawah), GB Gold akan pos terus dari HQ Selangor menggunakan servis pos berinsuran.
Ahli waris kena datang ke HQ GB Gold & serahkan dokumen berikut:
1. Surat Kematian
2. Surat kuasa pentadbir harta pusaka dari mahkamah
3. IC pewaris
4. Surat pengesahan hubungan dengan si mati i.e. Sijil Nikah, Sijil Kelahiran
GB Gold akan mengikut prosedur biasa urus harta si mati, sama seperti urusan duit dalam akaun bank. Cuma kebaikan akaun emas berbanding akaun bank, nilai emas yang tersimpan didalam akaun emas GBS tidak dibekukan.
Walaubagaimanapun, pihak pewaris perlu selesaikan tuntutan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh kematian.